baby pilihan minggu ni

Tuesday, February 2, 2010

CIUM TANGAN KETIKA BERSALAMAN, ADAKAH DIBENARKAN?

seingat aku.. ustaz aku pernah cakap.. yg boleh dicium tangan ketika bersalam adalah mak bapak dan juga isteri kepada suami.. maka yg lainnya samada makruh atau haram. tapi aku tak ingat dalil dan jugak contoh yg boleh aku kasi utk menguatkan dakwaan.. tapi aku ada jumpa yg boleh diamik iktibar..

Hukum mencium tangan
Al-Nawawi mengatakan bahawa dianjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulamak, salih, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa kita yang muslim.

Dimakruhkah mencium tangan seseorang yang dipandang mulia dengan sebab-sebab keduniaan, seperti orang kaya, orang yang berpangkat, berkedudukan tinggi dan sebagainya. Perbuatan ini amat tidak disukai.

Dari Zari' r.a., yang termasuk di dalam rombongan Abdul Qais, dia berkata: "Kamipun berlumba-lumba turun dari kenderaan kami, lalu kami mencium tangan dan kaki Nabi s.a.w."

Adalah mustahab untuk mencium tangan orang-orang shalih dan ulamak, namun makruh mencium tangan selain daripada itu. [Fatawa al-Imaam al-Nawawi, ms. 71]

Komentar dalam kitab tersebut menyatakan:
Sekiranya seseoerang ingin mencium tangan seorang yang lain, jika ini adalah kerana keshalihan, keilmuan, hormat, kesopanan ianya tidaklah dimakruhkan di dalam agama. (Dalam hal-hal disebutkan di atas tadi) ianya mustahab kerana Abu 'Ubaydah mencium tangan 'Umar radhiallahu'anhum.

Tetapi sekiranya (cium tangan) kerana kekayaan seseorang, pangkat atau status di mata manusia di dunia ini dan sebagainya ianya adalah makruh.
[Lihat juga al-Azkar an-Nawawi, ms. 262]

Syaikh al-Albani berpendapat dalam mencium tangan orang alim itu perlu mematuhi beberapa adab:

a. tidak boleh mencium tangan orang alim jika dia menghulurkan dgn sombong
b. tidak terbukanya jalan ke arah cuba mendapat tabarruk (berkah)
c. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan)
d. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
e. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi

No comments:

Post a Comment